Kelewatan Kurier CJ Century




31/05/2021 12:00AM


Hai Savers, berikut adalah memo dari Kurier CJ Century :


Seperti yang telah dimumkan oleh kerajaan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan bermula pada 1 Jun 2021 (MC0 3.0) , sila jangkakan sedikit kelewatan untuk pick up dan juga penghantaran bungkusan anda. Ini akan lebih  memberi kesan kepada kawasan yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar di mana kami tidak  mengakses ke kawasan-kawasan tersebut.


Kami telah dinasihatkan untuk mematuhi peraturan SOP seperti penjarakan sosial dan kerap menggunakan Hand Sanitizer semasa proses pick up dan penghantaran dilaksanakan. Walaubagaimanapun, dukacita dimaklumkan ada beberapa orang staff kami telah menjadi kontak rapat dengan  pesakit positif Covid 19. Jadi, ini akan melibatkan proses kuarantin, pejabat pos disanitasi, dan jugak penutupan pejabat pos sehingga notis yang berikutnya dikeluarkan. 


Selain itu kami juga mendapat banyak lambakan bungkusan terutamanya di cawangan Seremban, Gelang Patah, dan juga Butterworth dan sila jangkakan sedikit kelewatan  untuk proses penghantaran. Walaubagaimanapun, kami akan mencuba yang terbaik untuk memastikan semua proses berjalan dengan lancar dan pada masa yang sama memastikan kesihatan dan keselamatan semua staff kami. 


Kami sangat menghargai atas keprihatinan anda dalam hal ini. Terima kasih. Jaga diri dan duduk di rumah. Bersama sama kita putuskan rantaian Covid 19